Majlis Kehakiman Tertinggi Arab Saudi

Majlis Kehakiman Tertinggi Arab Saudi (Bahasa Arab: المجلس الأعلى للقضاء) ialah sebuah majlis yang dianggotai oleh tujuh hingga sebelas orang ahli yang dilantik oleh Raja dalam sistem perundangan kerajaan Arab Saudi. Majlis ini menyelia mahkamah rendah Arab Saudi – memantau pencapaian para hakim dan membuat pelantikan kehakiman baharu[1] – juga memberikan "pendapat undang-undang, menasihati Raja, dan menyemak hukuman yang melibatkan kematian, rejam, atau hudud"[2] Menteri Kehakiman berkhidmat sebagai ketua majlis.[3][2]Sebagaimana titah diraja yang dibuat pada Januari 2013, majlis ini diketuai oleh menteri kehakiman dan ahlinya terdiri daripada ketua hakim Mahkamah Agung, empat orang pengerusi Mahkamah Rayuan, timbalan menteri kehakiman, pengerusi Biro Siasatan dan Pendakwaan Awam.[3]

Majlis Kehakiman Tertinggi Arab Saudi

Agensi induk Kerajaan Arab Saudi
Agensi-agensi terdahulu
  • Pihak Berkuasa Kehakiman Tertinggi Arab Saudi (1970-1975)
  • Jabatan Ketua Hakim (1926-1970)
Dibentuk 23 Julai 1975; 46 tahun yang lalu (1975-07-23)
Eksekutif Sayap kehakiman
Jenis Sayap kehakiman